Bahasa :
Derhaka atau ingkar
Istilah :Isteri yang menderhaka atau ingkar dari menunaikan hak dan tanggungjawab kepada suaminya seperti yang dituntut oleh syarak.
PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIKIRA NUSYUZ
Keluar rumah tanpa izin suami tanpa tujuan mustahak atau ke tempat yang tidak diizinkan oleh suami.
Tidak melayan kehendak suaminya tanpa alasan yang munasabah seperti uzur.
Pergi ke suatu tempat yang jauh selama beberapa hari tanpa izin suami.
Tidak mengikut larangan suami yang munasabah seperti melarang seseorang yang tidak disukai suami memasuki rumahnya.
Ingkar perintah suami (perintah yang berlandaskan syarak)
Hadis Rasulullah
Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda : ‘Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia menolak, sehingga suami marah, maka para malaikat akan melaknatnya hingga subuh.
AKIBAT DARIPADA PERBUATAN NUSYUZ
Isteri kehilangan hak sebagai isteri
Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah isterinya.
Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suami.
Isteri tidak berhak membuat apa-apa tuntutan daripada suaminya.
KAEDAH BAGI MENANGANI PERBUATAN NUSYUZ
Suami hendaklah menasihati isteri dan menerangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh isterinya dengan baik.
Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah mengasingkan diri daripada isterinya tidak melebihi 3 hari.
Jika kaedah pertama dan kedua tidak membawa perubahan kepada isteri, suami boleh memukulnya dengan tujuan untuk mengajar tetapi bukan untuk mencederakannya.
CARA MEMUKUL YANG DIHARUSKAN
Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.
Tidak memukul di bahagian–bahagian yang sensitif.
Memukul bertujuan untuk mengajar dan menginsafinya.
Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya.
CARA MENGATASI NUSYUZ
Suami dan isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
Suami memberi didikan agama kepada isteri.
Suami dan isteri hendaklah saling memahami dan bekerjasama untuk mengatasi masalah.
Suami dan isteri mengamalkan sikap tolak ansur dalam semua perkara.
Mengikut Mazhab Syafie
Isteri hanya akan mendapat nafkah setelah dia bersedia untuk menyerahkan diri kepada suaminya.
Sekiranya isteri membuat sesuatu yang menunjukkan keingkaran terhadap suami atau berlakunya nusyuz, maka gugurlah haknya untuk mendapat nafkah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan