Khamis, 18 Februari 2010

Rujuk

Definisi

Bahasa : kembali.

Syarak : suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.

Hukum rujuk

Hukum

Penjelasan

Wajib

Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain

Haram

Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu

Makruh

Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri

Harus

Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama


Rukun rujuk

Perkara

Syarat

Suami

Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri

Isteri

Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raj’i
Bukan dengan talak tiga
Bukan cerai secara khuluk
Masih dalam idah

Lafaz

Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
Dengan sengaja dan bukan paksaan


Contoh lafaz rujuk

Lafaz sarih

Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk kembali awak” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”

Lafaz kinayah

Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.

Khuluk @ Tebus Talak

# Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz
talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka
jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab.

#Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan
suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang
ditentukan.

#Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 :
“Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebusoleh perempuan.”

#Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.

Tujuan khuluk
• Memelihara hak wanita
• Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
• Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.

Fasakh

Definisi

Bahasa : rosak atau putus.

Syarak : pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya.

# Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.

# Fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan

yang terdapat pada pihak isterinya.

Mengikut Mazhab Shafie

# seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh

kekurangan suaminya :

- gila (berkekalan atau sekejap)

- penyakit kusta

- penyakit sopak

- penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan

- suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian,

- memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya

- suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita

- suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya

- suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah dan murtad salah seorang (suami atau isteri).

Cara melakukan fasakh

  • Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
  • Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
  • Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
  • Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.