Definisi
Bahasa : kembali.
Syarak : suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.
Hukum rujuk
Hukum | Penjelasan |
Wajib | Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain |
Haram | Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu |
Makruh | Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri |
Harus | Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama |
Rukun rujuk
Perkara | Syarat |
Suami | Berakal
|
Isteri | Telah disetubuhi
|
Lafaz | Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
|
Contoh lafaz rujuk
Lafaz sarih
Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk kembali awak” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”
Lafaz kinayah
Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan