Jumaat, 19 Februari 2010

Mahar

Mas kahwin atau mahar (bahasa Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Hukum Mahar Wajib
Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran Surah An Nisaa’ : 4 :

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian
yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. ”

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

Cara Mahar Diberi

# Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

#Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang.

#Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya.

#Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya.

#Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

Jenis Mahar
Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah
berkahwin sebelumnya
Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan
oleh perempuan atau walinya.

Contoh :
Kadar Mas Kahwin di Selangor

## Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Kushrin Munawi menyatakan mas kahwin di Selangor dinaikkan kepada Rm300.00. Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2010. Sejak 1968 , kadar mas kahwin ialah RM80.00 untuk anak dara dan RM40.00 untuk janda.Nilai wang hantaran perlu sekufu dengan 'status quo' seseorang wanita yang akan dikahwini. Akhir-akhir ini di Malaysia, masyarakat seolah-olah berlumba-lumba untuk meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi, ada yang letak RM10,000 hingga mencecah kepada RM80,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan