Definisi
Bahasa ialah berkumpul dan bercampur.
Istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah Perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama.
Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud,
“Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar.
Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud,
“Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.”
Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.
Kedudukan Perkahwinan dalam Islam
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.Disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
- Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
- Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
- Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah Perkahwinan
- Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks.melalui ini perzinaan ,liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
- Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
- Memelihara kesucian diri
- Melaksanakan tuntutan syariat
- Menjaga keturunan
- Sebagai media pendidikan : Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
- Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
- Dapat mengeratkan silaturahim
Dalil Pensyariatan
Sila rujuk surah – surah berikut :
- Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
- Surah An-Nuur: ayat 32
- Surah An-Nahl: ayat 72
- Surah Yaasin: ayat 36
- Surah Ar-Rum: ayat 21
- Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
- Surah Luqman: ayat 10
- Surah Qaf: ayat 7
- Surah Asy-Syu’araa: ayat 7
Pemilihan Calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam.
Ciri-ciri bakal suami
- beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
- beriman & solehah
- rupa paras yang cantik dan elok
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- masih dara
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
Sebab Haram Nikah
- Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud,
“Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”
Haram Selama- lamanya
- Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh keturunan ialah :
- Ibu
- Nenek sebelah ibu mahupun bapa
- Anak perempuan & keturunannya
- Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
- Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
- Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
- Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
- Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
- Ibu susuan
- Nenek dari sebelah ibu susuan
- Adik-beradik perempuan susuan
- Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
- Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
- Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
- Ibu mentua dan ke atas
- Ibu tiri
- Nenek tiri
- Menantu perempuan
- Anak tiri perempuan dan keturunannya
Haram Sementara
- Isteri orang
- Perempuan masih dalam iddah
- Sebab menghimpun
- Berlainan agama
- Sebab talak tiga
puan nak cari tentang kahwin muda di mana???/
BalasPadamcari je kt majalah atau internet pun banyak
BalasPadam